Ditarik paksa masuk bilik, pekerja hotel diperkosa pelancong asing

Ditarik paksa masuk bilik, pekerja hotel diperkosa pelancong asing

 

Seorang gadis berdepan detik hitam selepas dia dipercayai dirogol oleh pelancong asing di sebuah hotel di Genting Highlands, Isnin lalu.

Dirogol pelancong asing

Sekadar gambar hiasan

Mangsa berusia 20 tahun yang juga merupakan pekerja di pusat peranginan itu mendakwa ketika kejadian dia dalam perjalanan ke bilik sewa rakannya, tiba-tiba suspek memanggilnya untuk bertanyakan kemudahan yang disediakan di hotel berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, tidak lama selepas itu, suspek mengajak mangsa untuk tidur bersama, namun mangsa menolak pelawaan itu.

Suspek bertindak menarik tangan mangsa secara paksa dan membawanya masuk ke dalam bilik lalu merogolnya.

Hasil siasatan mendapati suspek yang berusia 41 tahun itu adalah warga asing yang datang ke Malaysia atas tujuan melancong.

Susulan daripada laporan yang diterima, suspek telah ditahan polis dan direman tujuh hari bermula 13 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.