Dituduh goda isteri, lelaki ini ‘belanja’ sepupu penumbuk

Dituduh goda isteri, lelaki ini ‘belanja’ sepupu penumbuk

Tidak puas hati dituduh menggoda isteri orang, seorang lelaki bertindak menumbuk suami kepada sepupunya sehingga mangsa cedera.

Berang dituduh goda isteri orang

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, sebelum kejadian mangsa yang berusia 35 tahun itu pergi ke stesen teksi di Tanah Merah untuk berjumpa dengan suspek. Difahamkan, berlakunya perselisihan faham ketika itu di mana mangsa menuduh suspek menggoda isterinya.

Perselisihan faham itu berpunca daripada tuduhan kepada suspek yang dikatakan menggoda isteri mangsa, namun suspek tidak mengaku berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, suspek mengakui bahawa dia rapat dengan isteri mangsa hanya kerana mereka adalah sepupu dan tidak lebih daripada itu.

Suspek bagaimanapun mengaku rapat dengan isteri mangsa disebabkan hubungan sepupu antara suspek dengan wanita terbabit.

Berang dituduh menggoda isteri mangsa, lelaki terbabit kemudiannya bertindak menumbuk mangsa sehingga mengalami bengkak pada pipi kanan.

Susulan daripada kejadian itu, suspek yang berusia 42 tahun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk memberi keterangan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.