Dituduh mata duitan selepas terima RM1.5j, bapa arwah Adib akhirnya bersuara

Dituduh mata duitan selepas terima RM1.5j, bapa arwah Adib akhirnya bersuara

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sudah menerima ‘ex-gratia’ atau pampasan sebanyak RM1.5 juta daripada kerajaan pada 29 November 2021.

Memetik laporan Kosmo, bapa allahyarham, Mohd. Kassim Abdul Hamid berkata, mereka ada alasan tertentu mengapa terima wang pampasan tersebut.

Jelasnya, kira-kira setahun selepas kejadian keluarga bercadang menyaman kerajaan apabila melihat kes seolah-olah tiada kesudahan dan pembelaan.

Kalau tindakan saman diambil, kami percaya kes akan berpihak kepada kami.

Namun, tahun lepas, ada menteri bertemu saya dan berbincang tentang tawaran pampasan ini.

Kami setuju untuk terima dan menarik balik semua cadangan tuntutan sama untuk membela kematian arwah.

Apabila perkara itu dipersetujui, mereka diberitahu supaya tidak menghebohkan kepada sesiapa.

Tetapi apabila PM sendiri yang mengumumkan mengenai wang pampasan itu, hatinya mula rasa tidak senang dan ralat kerana dikhuatiri mendatangkan prejudis orang ramai.

Mungkin ada yang cakap wang pampasan ini untuk menutup mulut kami daripada terus bersuara.

Tetapi hakikatnya, kami akan terus berdoa agar kematian arwah akan diadili dengan baik. Itu doa kami tidak putus-putus.

Bapa arwah juga memohon orang ramai tak tuduh mereka mata duitan kerana tiada sejumlah wang di dunia ini mampu merawat rasa kehilangan terhadap anaknya itu.

Malah, tiada nilai dapat menandingi nyawa arwah dan keadilan untuk kematian serta pengorbanannya.

Kami tahu apabila perkara ini tersebar (tentang pampasan ini), semua akan menuduh kami mata duitan kerana menerimanya.

Jauh di sudut hati mereka sekeluarga agar kematian arwah akan terbela. Mengenai wang pampasan, keluarga bercadang mengadakan infaq dan sedekah atas nama arwah.

Kata bapa lagi, kehidupan keluarga mereka masih seperti dulu tak ada beli rumah atau kereta baharu. Mereka sebagai orang kampung selesa dengan kehidupan yang biasa sahaja.