Dituduh pakai tangkai dan bela 4 jin, ini respon Khairy Jamaluddin

Dituduh pakai tangkai dan bela 4 jin, ini respon Khairy Jamaluddin

 

Nama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) sejak semalam hangat diperkatakan selepas beliau menerusi satu sidang media menjedahkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus ‘menyusahkan’ golongan antivaksin .

Mengakui kenyataannya berbunyi sedikit kasar, KJ bagaimanapun menjelaskan ianya adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerima vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya lagi, lapor portal BuzzKini.

Kenyataan tegas itu nyata menimbulkan kemarahan ramai khususnya golongan antivaksin dimana mereka berpendapat ianya tidak adil dan seolah menafikan hak kebebasan mereka sebagai rakyat Malaysia.

Siap buat Qunut Nazilah untuk KJ

Namun siapa menyangka ada kemudian yang bertindak mencadangkan sesuatu yang tak masuk akal iaitu mencadangkan diadakan bacaan qunut nazilah buat KJ.

Lebih dahsyat lagi ada juga yang menuduh bekas Menteri Sains & Teknologi itu memakai tangkal dan membela empat ekor jin.

Guna 4 jenis jin untuk lindungi Malaysia

Tuduhan tersebut akhirnya mendapat respon dari menteri tersebut. Menerusi muat naik di insta story-nya KJ mengakui ada menggunakan empat jenis ‘jin’ yang menurutnya digunakan untuk melindungi Malaysia.

4 Jin yang beliau maksudkan adalah jin Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino”

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” tulis KJ ringkas.