Dong Zong dapat sokongan penuh MCA, Pas menyorok di mana?
Walaun dan pemimpin PAS serta UMNO selalu duk mainkan sentimen kononnya Dong Zong menyokong DAP ataupun sebaliknya.
Tapi hakikatnya, Dong Zong ini akan menyokong siapa sahaja yang menjadi kerajaan dan akan penuhi tuntutan depa. Sebab itu semasa era Najib, beliau menjadi PM pertama yang menemui Dong Zong secara rasmi.
Malah BN atau UMNO sendiri pernah berjanji untuk mengiktiraf UEC yang bersungguh diperjuangkan oleh Dong Zong semasa PRU 14 lepas.
Tapi kenapa semasa era PH, Dong Zong menjadi isu besar? Seolah-olah Dong Zong ini hanya wujud ketika PH memerintah?
Tidak lain dan tidak bukan, UMNO dan PAS hanya mahu mengapikan sentimen kebencian kaum dan agama dengan menjadikan Dong Zong sebagai sasaran depa.
Sifirnya mudah, Dong Zong itu persatuan Cina yang ekstrem manakala DAP adalah parti yang dianggotai majoriti kaum Cina dan telah lama dimomokkan sebagai parti ekstrem ‘orang Cina’. Justeru mudah untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang senang termakan dengan umpan perkauman seperti itu.
Maka dijajalah fitnah konon DAP yang disokong Dong Zong ini telah menguasai kerajaan dan segala tuntutan Dong Zong telah dipenuhi. Walhal Dong Zong tetap Dong Zong. Semasa era PH juga depa pernah bantah keputusan kerajaan untuk memperkenalkan tulisan jawi misalnya.
Ya, yang membantah pembelajaran tulisan jawi itu adalah Dong Zong. Takkan DAP yang menjadi sebahagian kerajaan itu pula nak bantah?
Bahkan Dong Zong senada dengan MCA mengecam DAP ketika itu kerana gagal menghalang kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah.
Ini adalah fakta, bukan persepsi ataupun auta!
Tapi apa sentimen yang dimainkan oleh UMNO dan PAS? DAP menentang tulisan jawi. DAP anti orang Melayu. Fitnah dan fitnah!
Hakikatnya, DAP sendiri telah dibenci majoriti orang Cina ketika itu hanya kerana isu tulisan jawi berkenaan dan puak yang menghasut orang-orang Cina ketika itu tidak lain dan tidak bukan, adalah Dong Zong dan MCA!
Nah, hari ini jelas-jelas sekali lagi Dong Zong mendapat ‘sokongan’ penuh MCA dalam isu peruntukan RM15 juta kepada sekolah persendirian Cina pula. Kenapa walaun tak kata, MCA parti yang ekstrem?
Bahkan lebih memalukan, sebuah kerajaan yang konon dikuasai majoriti Ahli Parlimen Melayu Isley, tapi tunduk dan diam seribu bahasa terhadap MCA yang hanya diwakili dua Ahli Parlimen itu?
Bab Ismail Sabri yang konon semasa era PH dahulu mendesak kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong, tak payah nak ulas lagilah. Beliau nyata hipokrit paling ulung abad ini. Begitu juga pemimpin PAS yang menjadi jaguh adu domba sentimen agama.
Kalau sejelas ini hipokrasi pemimpin politik Melayu memperbodohkan orang Melayu sendiri, dan masih ramai yang terpedaya dengan sandiwara mereka, saya dah tak mampu berkata apa lagi.
Hanya kepada ALlah saya serahkan urusan umat ini.
ALlahulmusta’an.
MUHAMAD FADZIL
Peguam