Dulu asyik salahkan Mujahid, sekarang PU Syed terchiduk diserang netizen isu konsert

Dulu asyik salahkan Mujahid, sekarang PU Syed terchiduk diserang netizen isu konsert

Band popular Indonesia, NOAH bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November nanti yang menampilkan Ariel sebagai vokalis utama.

Susulan itu, terdapat sesetengah netizen yang meninggalkan komen berbaur sindiran kerana bertambah lagi konsert artis daripada negara serumpun di Malaysia.

Dituduh berat sebelah

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Pencetus Ummah (PU) Syed di Instagram, terdapat wargamaya memetik namanya dengan mengatakan dia seorang ‘lebai’ yang tidak boleh digunapakai serta dianggap munafik.

Hal ini kerana, PU Syed cukup terkenal dengan kelantangannya bersuara dalam memberi nasihat jika perkara itu bertentangan dengan agama Islam. Namun begitu, ketika pengumuman konsert NOAH bakal berlangsung tidak lama lagi, pendakwah bebas itu seperti berat sebelah dan mendiamkan diri.

PU Syed tak nak buat bantahan ke. Hari itu bukan main siap nak buat bantahan blackpink.

PU Syed memang munafik betul. Dia memang lebai tak boleh pakai.

Tetap teruskan dakwah

Tidak mendiamkan diri apabila namanya ‘dipetik’, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberi respon dan mempertahankan dirinya berhubung tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa netizen.

Tegasnya, dia tetap meneruskan dakwahnya dan pencegahan maksiat agar generasi akan datang tidak akan terus ‘hanyut’.

Baru secebis ejekkan dan cercaan yang diterima, maka al-Quran merakamkan perbuatan dan kata-kata umat terdahulu kepada para Rasul yang diutuskan Allah SWT.

Dakwah dan pencegahan maksiat perlu diteruskan. Kita sayang agama tercinta ini agar generasi akan datang tidak terus hanyut.

Dalam pada itu, PU Syed turut mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk mengetahui semua yang berlaku di Malaysia kecuali ada yang memberitahunya.

Saya bukan peminat artis atau konsert, jadi berita yang sampai sahaja yang boleh saya tegur dan saya tegah tapi hanya setakat tegur sahaja. Kita umat Islam perlu kedepan dalam isu-siu begini.