Dulu hina, sekarang Hadi kata sedia kerjasama dengan Tun M

Dulu hina, sekarang Hadi kata sedia kerjasama dengan Tun M

PAS bersedia bertemu mana-mana pemimpin bagi membentuk kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selagi ia berpaksikan kepada penyatuan ummah, tegas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu, berkata ia termasuklah bertemu dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dan membentuk kerjasama politik.

Katanya, PAS bersikap terbuka terhadap mana-mana parti yang menerima konsep dan perjuangan Pas ke arah perpaduan ummah.

“Ya, dengan siapa sahaja, kita jumpa… akan diaturkan. InsyaAllah dengan semua untuk menyatukan ummah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila, Kuala Terengganu, hari ini.

Semalam, Pejuang mendedahkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dalam usaha membentuk kerjasama baharu menjelang PRU15.

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengulas mengenai pertemuan dua pemimpin berkenaan, Abdul Hadi berkata, PAS turut dimaklumkan mengenainya.