Fasiliti sekolah teruk, guru terpaksa keluar duit sendiri dan jadi tukang

Fasiliti sekolah teruk, guru terpaksa keluar duit sendiri dan jadi tukang

Satu hantaran ringkas telah dibuat oleh seorang Admin di laman Facebook cikgu Mohd Fadli Salleh bagi membuka mata dan menyedarkan orang ramai mengenai pelbagai tugas yang terpaksa dipikul oleh ramai guru ketika ini akibat kedaifan prasarana dan fasiliti di sekolah-sekolah.

Walaupun ringkas, hantaran yang dibuat tersebut berupaya menyampaikan mesej mengenai betapa parahnya situasi di kebanyakan sekolah pada hari ini yang amat mengharapkan bantuan peruntukan dan tindakan dari pihak kerajaan.

Guru-guru ini terpaksa menjadi tukang kebun, tukang cat, tukang paip, tukang gaul simen serta bermacam-macam lagi dan yang lebih menyedihkan, mereka juga sanggup mengeluarkan duit sendiri demi keselamatan dan keselesaan murid-murid mereka.

Pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD) yang diumumkan oleh kerajaan pula hanya memfokuskan untuk berada selari dengan negara maju tanpa melihat kekurangan dan penambahbaikan fasiliti di sekolah yang perlu disegerakan terlebih dahulu.

Semoga guru-guru di Malaysia terus tabah dan cekal untuk terus menggalas cabaran mendidik anak bangsa pada hari ini. Syabas dan terima kasih, cikgu!

Sekolah Daif

Kedaifan sekolah 😢

Cikgu-cikgu pakat keluar duit poket, beli barang dan pakat bertukang di sekolah. Paku kerusi meja, tukar paip pecah, gaul simen buat lantai, beli cat, cat kelas, beli whiteboard dan sebagainya.

Kita dah di tahun 2022. Konsep digital learningfuturistic education, Sekolah Sejahtera dan macam-macam nama yang gah dan hebat lagi didengar.

Silibus selaju roket cuba memintas negara maju yang lain.

Sedangkan prasarana dan fasiliti di sekolah tak di’upgrade’.

Cikgu-cikgu tak pernah bersungut sebelum ini. Mereka tak kisah jadi tukang kebun buat line padang, jadi tukang cat, jadi plumber, jadi buruh kasar gaul simen, tukar mentol lampu, repair khemah dan speaker rosak, jadi apa saja.

Namun bila beban terus ditambah sedangkan fasiliti tidak berubah, ia perlu dihebah agar yang atas sana buka mata.

Jangan syok sendiri buat program gah macam kelas kat negara kita semuanya ada smart board. Macam murid dalam kelas cuma 20 orang. Macam ada pembantu guru. Macam ada tukang kebun yang cukup, technician yang disediakan pula.

Bantu sekolah-sekolah upgrade prasarana dan fasiliti mereka. Biar sekolah itu bersedia dahulu sepenuhnya nak run program gah.

Ini kereta kancil buruk yang bunga tayar pun dah habis, brake tak berapa makan, nak disumbat enjin Ferrari. Ke gaung la kereta tu nanti.

Nota: Artikel ini ditulis oleh admin Cikgu Fadli, Monmon, seorang driver lori.

#MFS