FB Mat Sabu digodam, bukti pembangkang takut sangat pada aura Mat Sabu

FB Mat Sabu digodam, bukti pembangkang takut sangat pada aura Mat Sabu

 

Akaun Facebook rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu digodam kira-kira jam 4 petang tadi.

Hal tersebut dimaklumkan Pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan.

“Laman sosial itu tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.

“Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook itu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, sebarang status atau kenyataan dimuat naik di laman itu selepas siaran tersebut dikeluarkan adalah bukan daripada Mohamad atau pentadbir yang sah.