Gadis Malaysia cair tengok aksi penjaga gol, rupanya dah jadi milik orang

Gadis Malaysia cair tengok aksi penjaga gol, rupanya dah jadi milik orang

Kemenangan Malaysia ke atas Bangladesh malam tadi dalam kelayakan Piala Asia 2023 kumpulan E sememangnya membuatkan ramai tersenyum puas.

Selama 42 tahun menanti untuk layak ke saingan tertinggi Asia, akhirnya pasukan bola sepak negara berjaya mencipta sejarah dengan kemenangan 4-1.

Keeper Malaysia jadi perhatian

Sudah tentu ketika ini barisan pemain serta jurulatih pasukan Harimau Malaya menjadi sorotan apabila berjaya membawa nama Malaysia ke tingkat seterusnya.

Malam tadi negara juga menyaksikan ‘wajah’ baru dalam posisi penjaga gol apabila, Syihan Hazmi menggalas tanggungjawab yang biasa dipegang Farizal Marlias.

Macam pelakon Thailand katanya

Pemain berusia 26 tahun itu telah mendapat perhatian warganet terutamanya para penyokong wanita susulan terlihat kacak persis pelakon Thailand.

@butahatitv

Kelate ni boh #harimaumalaya #malaysia #afcasiancup #syihanhazmi #goalkeeper #fypシ゚viral #fyp #fypdongggggggg

♬ one kiss – 🍪

Ramai yang cakap keeper Malaysia hensem

Komen-komen daripada penyokong wanita di TikTok @butahatitv juga kebanyakkannya memuji wajah tampan penjaga gol berkenaan selepas melihat aksi bertenaga di atas padang sewaktu menentang pasukan Bangladesh malam tadi.

Keeper ni mesti viral

Gadis2 semua sila sabar

Anak dengan mak pun terpegun

Memang kacak pun

Dah agak mesti ada yang rakam semalam

Suami orang la pulak

Namun begitu, kegembiraan para gadis rupanya hanya sementara selepas melihat posting di Instagram bahawa keeper kacak berkenaan sudah pun berumah tangga.

Menerusi laporan dari Kosmo!  Syihan Hazmi merupakan anak kelahiran Kelantan dengan ketinggian 1.85 meter. Konsep persembahan terbaik yang ditunjukkan malam tadi berjaya membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Untuk makluman, jejaka berusia 26 tahun itu memulakan langkah dalam bidang bola sepak apabila memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2012 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda C pada 2013.

Dah ada dua orang anak

Dia telah melebarkan sayap apabila menyertai Kelantan U-21 antara tahun 2015 hingga 2017 sebelum menyertai pasukan Negeri Sembilan FC ketika ini dengan menggunakan baju bernombor 33.

Syihan juga telah berumah tangga pada 2020 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang turut hadir di stadium malam tadi.