Gagal potong Q, lelaki berkopiah ini cuba cetus pergaduhan
Boleh dikatakan memandu di pusat bandar setiap hari pasti akan menemukan korang dengan pemandu dengan gaya samseng yang bukan sahaja tak faham bahasa malah tak mematuhi undang-undang.
Antara perbuatan yang paling banyak dilakukan pastinya memotong barisan yang jelas menyalahi undang-undang dan membahayakan.
Terbaharu tular di Twitter sebuah video seorang pemandu Proton Perdana dengan lagak samseng cuba mencetuskan pergaduhan selepas cubaannya untuk memotong barisan di sebuah jalan di Setia Taipan tidak menjadi.
Menerusi video yang dimuat naik @vicenzolorenzo, lelaki berkenaan pada mulanya cuba memotong barisan di persimpanan lampu isyarat. Namun pemilik video mendakwa dia tidak menyedari kewujudan kereta berkenaan menyebabkan dia terus menekan minyak sehingga menghalang Perdana tadi dari memotong.
Mungkin berang dihalang, lelaki tersebut kemudian bertindak mengejar lalu memintas kereta pemilik video tersebut untuk memberhentikannya.
Dah la potong que dekat trafic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.
Lokasi : Setia Alam pic.twitter.com/391mP0RQKh
— VICENZO LORENZO MEOOOW (@vicenzolorenzo) January 24, 2022
Dia yang dilihat memakai kopiah hitam kemudian keluar dari kereta dengan lagak samseng lalu menghampiri kenderaan pemilik video tersebut dipercayai cuba mencetuskan pergaduhan.
Dia bagaimanapun terus melarikan diri selepas pemilik dashcam memaklumkan dia mempunyai rakaman dan akan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Rupanya ada saman sebanyak lebih RM8,000
Perkongsian video itu nyata menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia sebagai biadap malah ada yang berasakanya perbuatannya langsung tidak mencerminkan imejnya yang berkopiah.
Tidak menunggu lama, beberapa netizen kemudian mula melakukan pencarian berpandukan no plat kereta tersebut dan hasilnya mendapati kenderaannya mempunyai 38 saman kesalahan lalu lintas tertunggak yang berjumlah RM8,150.