Gelagat ibu selamba jemur kain atas Ducati Panigale bikin netizen terhibur

Gelagat ibu selamba jemur kain atas Ducati Panigale bikin netizen terhibur

 

Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Kita selalu dengar kata-kata ini bila sesuatu perkara tu melibatkan kehadiran seorang insan bergelar ibu.

Apa juga yang lakukan di dunia ini, dengan keberkatan ibu, segalanya akan dipermudah.

Hampir dengan frasa yang kita selalu dengar itu, min nak kongsi satu video yang tular di TikTok berkenaan seorang ibu yang menjemur kain di sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Mungkin tuan punya moto nak tegur atau marah, tapi sebab taknak jadi derhaka, relakan sahaja lah.

Korang boleh tengok video @emiemilia91 di bawah.

@emiemilia91

tengok la mak aku punya level jemur kain kat mana #ducativ4 #ragammakmak #onthisday #fypシ゚viral #tiktokviral

♬ original sound – nuyulufeas – nuyulufeas

Min tengok video ni pun serba salah dibuatnya. Moto Ducati Panigale tu harga silap-silap dah sama dengan kereta.Tapi mak dia selamba je jemur dan sidai kain atas moto tu. Ishh… nak tegur karang tak bau syurga pulak.

Screenshot 2023 06 17 At 3.19.31 Pm

Aduhh… tudung mahal-mahal macam tu dibuatnya untuk siang ikan je. Memang selamba betul kan golongan ibu ni. Siang ikan pakai tudung mahal, sidai kain atas moto mahal.

Screenshot 2023 06 17 At 3.19.43 Pm

Kann… mana nak dipedulinya moto tu mahal ke apa. Janji kain yang dijemur tu kering. Nak jemur kat luar panas sangat pulak, baik jemur dalam rumah je. 

Screenshot 2023 06 17 At 3.20.18 Pm

Itulah, siapa suruh beli moto mahal-mahal parking dalam rumah. Memang itu lah akibatnya kalau parking moto dalam rumah, jadi tempat jemuran ibu je.

Screenshot 2023 06 17 At 3.20.04 Pm

Jangan lawan, nanti tak bau syurga. Nanti dia kecil hati, jenuh pulak derhaka kan. Kita layan kan je.