Gempar! Akhirnya Anwar bersedia lepas jawatan Presiden PKR

Gempar! Akhirnya Anwar bersedia lepas jawatan Presiden PKR

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi laluan kepada golong muda untuk menjadi Presiden PKR sekiranya konsensus berhubung perkara itu dicapai.

Menurutnya, konsensus itu akan ditentukan menerusi pemilihan parti akan datang dan pihaknya akan menerimanya secara terbuka sekiranya tokoh baharu dipilih.

“Buat masa ini, kita belum putuskan bila pemilihan parti akan diadakan dan kita bagi ruang kalau konsensus mahu terima yang baharu.

“Kita harus terbuka, jangan terlalu mengongkong kebangkitan tokoh-tokoh baru.

“Selain itu, kita akan tengok tokoh ditonjolkan macam mana, konsensus kepimpinan dan ‘move on’,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang di Bertam, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.