Gempar! Guru pondok paksa murid hisap zakar dan diliwat
Polis Daerah Sumatera Selatan menahan seorang lagi guru yang disyaki mencabul pelajar di sebuah sekolah pondok di Ogan Ilir.
Republika melaporkan, Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Polis Sumatera Selatan, Tulus Sinaga berkata, suspek berusia 20 tahun itu merupakan rakan guru yang sebelum ini ditahan dalam kes dan tempat kejadian sama.
Penahanan dilakukan selepas suspek pertama yang berusia 22 tahun disiasat dengan suspek kedua itu didakwa mencabuli 13 pelajar perempuan.
Suspek pertama didakwa mencabuli lebih 12 pelajar bawah umur.
“Daripada maklumat itu, suspek kedua disyaki mencabul 13 pelajar termasuk pelajar tadika dan Sekolah Menengah Pertama (SMP),” katanya.
Menurut beliau, modus operandi suspek kedua, sama dengan suspek pertama, mereka menggoda dan melakukan ugutan jika mangsa membuat aduan.
Akibat daripada keganasan seksual tersebut, mangsa terpaksa ‘menyembunyikannya’ dan tidak mengatakan apa-apa mengenai perlakukan suspek terhadap mereka.
Namun setelah didekati dan dibantu keluarga, mangsa akhirnya membuat aduan mengenai tindakan suspek kepada pihak polis.
“Mangsa memberitahu mereka dipaksa melakukan seks oral dan diliwat,” jelas Tulus.
Atas perbuatan itu, suspek didakwa mengikut Fasal 82 (1), (2) dan (4) bersama Fasal 76 Undang-Undang No. RI. 17 Tahun 2016 mengenai perlindungan anak dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
“Polis turut menyediakan bantuan psikologi dan psikiatri untuk memulihkan trauma mangsa,” katanya.