Gempar! Lelaki ini maut berus gigi guna racun tikus

Gempar! Lelaki ini maut berus gigi guna racun tikus

Seorang remaja perempuan maut selepas tersilap memberus gigi menggunakan racun tikus yang disangka ubat gigi.

Afsana Khan, 18, berasal dari Dharavi, meninggal dunia pada 3 September lalu.

Harian Metro melaporkan, mangsa dikatakan dalam keadaan mengantuk dan terambil racun tikus yang diletakkan berhampiran ubat gigi.

Tanpa disedari, remaja perempuan itu terus mencapai racun tikus dan meletakkan pada berus gigi sebelum menggosok gigi.

Remaja itu terus berhenti menggosok gigi selepas tersedar akan kelainan pada rasa dan bau.

Dia bagaimanapun tidak berasa tidak selesa selepas itu dan meneruskan rutin hariannya walaupun berasa sedikit pening.

Bimbang dimarahi keluarga, Afsana mengambil ubat untuk mengatasi masalah peningnya itu walaupun berasa tidak selesa pada perut.

Mangsa turut mendapatkan rawatan di tiga klinik swasta dan hospital, namun tiada sebarang perkembangan positif.

Selepas didesak ibunya apabila tahap kesihatan yang semakin menurun, Afsana akhirnya memaklumkan kejadian sebenar kepada keluarga.

Dia kemudian dikejarkan ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya, namun dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga.

Laporan kesihatan merumuskan Afsana maut kerana keracunan dan Balai Polis Dharavi sudah mengambil sampel forensik untuk siasatan.

Polis juga sudah merakamkan keterangan daripada ahli keluarga mangsa.

Setakat ini, kes diklasifikasikan kematian kerana kemalangan.