Gempar! Mark Zuckerberg rugi RM29 bilion akibat masalah FB, IG dan WhatsApp selama 6 jam

Gempar! Mark Zuckerberg rugi RM29 bilion akibat masalah FB, IG dan WhatsApp selama 6 jam

Sejak tengah malam tadi, platform FacebookInstagram dan WhatsApp yang dimiliki oleh syarikat Facebook dilaporkan mengalami masalah untuk diakses secara serentak.

Masalah yang disangka hanya berlaku dalam tempoh yang singkat ini dilihat telah berlarutan sehingga hampir 6 jam dan baru sahaja dapat diakses semula setakat pagi ini.

 

Impak daripada masalah yang berlaku, Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook merangkap pemegang saham terbesar syarikat beliau dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak $7 bilion (RM29.22 bilion) selepas saham syarikat Facebook turun sekitar 5%.

Bukan itu sahaja, kedudukan beliau dalam senarai manusia terkaya dunia juga turun ke tempat keenam berikutan insiden yang berlaku pada platform yang digunakan ramai ini.

Menurut laporan Vocket, ini merupakan kali ketiga pada tahun ini platform Facebook mengalami masalah gagal untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia.