Gempar! Matawang jatuh, Menteri Kewangan Turki letak jawatan

Gempar! Matawang jatuh, Menteri Kewangan Turki letak jawatan

 

Menteri Kewangan dan Perbendaharaan Turki, Lutfi Elvan meletak jawatan dan digantikan dengan timbalannya, Nureddin Nebati.

Peletakan jawatan itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kritik Presiden Recep Tayyip Erdogan terhadap Lutfi yang menolak polisi kadar faedah rendah sehingga membawa kejatuhan mata wang lira.

Dalam ucapan yang disampaikan Erdogan pada 17 November lalu, beliau memaklumkan: “Tiada kesalahan kepada rakan-rakan yang bersama dalam perjuangan ini, saya tidak boleh bersama-sama dengan mereka yang mempertahankan kadar faedah,” katanya, menurut laporan Ismaweb.net.

Terdahulu, Lutfi menggantikan Berat Albayrak sebagai Menteri Kewangan pada hujung November tahun lepas.

Bagaimanapun pelantikan beliau dianggap sebagai mengembalikan dasar ekonomi konvensional.

Namun dasar itu dikatakan tidak berpanjangan apabila bank pusat menghentikan kadar faedah selepas Mac dan mengekalkan kadar tetap sehingga September lalu.

Namun Erdogan menegaskan Turki tidak sesekali mengembalikan kadar faedah tinggi dan akan terus mengurangkan kadar faedah.