Gempar! Parti seks semakin menjadi-jadi, menteri agama tidak mampu buat apa-apa
Polis menahan 13 individu termasuk dua wanita dalam serbuan Ops Parti Liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura, Bedong di Sungai Petani, Kedah awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata, semua mereka yang berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 pagi bersama satu paket dadah dipercayai ketamin.
“Pemeriksaan lanjut menjumpai satu paket dadah ketamin dari poket seluar suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dari Taman Ria Jaya di sini,” katanya menurut laporan Kosmo!.
Katanya, suspek lelaki yang ditahan berusia antara 18 hingga 22 tahun, manakala dua wanita pula masing-masing berusia 19 dan 20 tahun.
Adzli berkata, seramai enam suspek lelaki didapati positif dadah jenis ketamin.
Tambah beliau, semua suspek dikompaun di bawah Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (PPDPPB) kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal.
“Suspek berusia 21 tahun disiasat atas kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala lima lagi suspek yang positif dadah disiasat atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.
Tambahnya lagi, suspek utama direman selama empat hari, manakala lima ditahan lanjut untuk soal siasat sementara tujuh lagi dibebaskan setelah selesai soal siasat dan dikompaun di bawah Peraturan 10 PPDPPB 2021.