Gempar! Peguam ini dedah statistik rakyat pinjam ‘ceti’ yang sangat mengejutkan

Gempar! Peguam ini dedah statistik rakyat pinjam ‘ceti’ yang sangat mengejutkan

Beginilah yang sepatutnya berlaku. Semak dan imbang apabila parlimen dibuka.

Seminggu dua ini terlalu banyak perkara yang selama ini cuba ‘disembunyikan’ oleh kerajaan, akhirnya terdedah sedikit demi sedikit.

Dari isu gaji Penasihat Khas PM bertaraf Menteri yang hanya dilantik untuk beberapa hari, namun tetap menerima imbuhan penuh sebanyak RM27ribu, membawa kepada perbelanjaan bulanan pejabat Duta-duta Khas bertaraf Menteri mencecah hampir RM50ribu setiap bulan. Itu tak termasuk emolumen Duta Khas sendiri yang menerima RM27ribu sebulan sama seperti gaji seorang menteri penuh.

Begitu juga terdedah kos ubahsuai pejabat-pejabat menteri di JPM mencecah lebih RM1juta dalam tempoh setahun. Lebih mengarut, kos ubahsuai kediaman rasmi PM bernilai RM38.5juta!

Semua belanja ‘mewah’ kerajaan tersebut dibuat ketika rakyat di bawah sedang bergelut meneruskan hidup. Ya, ketika negara sedang diPKPkan, dan rakyat marhaen terhalang daripada keluar bekerja dan mencari sumber pendapatan!

Nah, pendedahan di bawah adalah jauh lebih menakutkan. Apabila seorang Ahli Parlimen dari blok pembangkang bertanya tentang jumlah pinjaman yang dibuat oleh rakyat dengan syarikat Kredit Komuniti dan Pemberi Pinjam atau bahasa mudahnya ‘ceti berlesen’lah.

Berdasarkan rekod kerajaan, pinjaman dibuat individu sepanjang tempoh 6 bulan tahun ini sahaja mencecah RM700juta! Diulang, TUJUH RATUS JUTA!

Pinjaman daripada ceti berlesen ini pastinya melibatkan bayaran ‘bunga’ atau faedah yang agak tinggi berbanding pinjaman daripada institusi perbankan. Boleh bayangkan betapa besarnya impak yang bakal berlaku di masa hadapan?

Itu ceti berlesen, tak mustahil ada rakyat yang terpaksa meminjam dengan ceti haram atau ah long bukan?

Apa dah jadi dengan slogan kononnya ‘Kerajaan Prihatin’ yang sering dilaungkan sejak awal Perikatan Nasional merampas Putrajaya melalui jalan khianat itu?

Ke mana perginya kata-kata konon ‘no one left behind’ yang dipropagandakan itu?

Sepatutnya, jika benar segala bantuan yang konon diberi atas nama BPN atau segala Mak Cik Kiah dahulu itu mampu ringankan bebanan dihadapi majoriti rakyat, mengapa isu rakyat terpaksa meminjam dari ceti-ceti seperti ini masih boleh berlaku? Dalam skala besar-besaran pula?

Bahkan data seperti ini perlu disilangkan dengan kadar pengangguran yang mencatat peningkatan tinggi pada bulan lepas sebagaimana diumum Jabatan Perangkaan Malaysia sendiri. Begitu juga angka pendapatan rakyat yang merosot teruk dan semakin bertambah golongan M40 menjadi B40!

Apakah kerajaan dan para penyokong kerajaan hari ini benar-benar sudah hilang kewarasan dan rasa hati?

Terang lagi bersuluh bahawa data-data yang terdedah dalam tempoh seminggu dua seperti ini, membuktikan betapa bobroknya kerajaan hari ini mentadbir Putrajaya bukan?

Dalam keadaan rakyat tidak mendapat bantuan secukupnya, hilang pekerjaan dan pendapatan, sehingga terpaksa meminjam daripada ceti-ceti berlesen, sebaliknya kerajaan tanpa rasa bersalah masih berbelanja mewah?

Hanya orang gila sahaja tidak ada rasa!

MUHAMAD FADZIL
Peguam