Gempar! Peniaga rugi, kanopi kena curi!
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hari ini merupakan hari ketiga kita menyambut puasa di bulan Ramadan pada tahun ini. Hari baik, bulan baik ini seeloknya kita manfaatkan dengan perbanyakkan amal ibadah supaya dapat melengkapkan lagi ibadah puasa kita.
Namun begitu, ada juga individu yang tidak memanfaatkan hari baik dan bulan baik ini dengan melalukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan termasuklah perbuatan mencuri.
Mencuri kanopi di bazar ramadan
Biadap! Bulan Ramadhan pon nak mencuri, kejadian curi kanopi telah berlaku di tapak Bazar Taman Desa Rhu.
Moga para peniaga terus dimurah rezeki & pencuri mohon lah cari kerja halal, rezeki anak bini makan.
📍Bazar Taman Desa Rhu, Seremban
📸shashahira pic.twitter.com/4HXeQPdRAP
— SENAWANGTV™️🇲🇾 (@SenawangTV) April 5, 2022
Menerusi perkongsian Twitter @SenawangTv, kejadian itu berlaku di Bazar Ramadan Taman Desa Rhu. Kejadian kecurian kanopi itu melibatkan seorang peniaga dan si pelakunya tidak diketahui.
Komen netizen
Rata-rata netizen menyelar akan tindakan si pelaku itu yang mencuri kanopi peniaga bazar ramadan tersebut.
Ada juga yang menasihatkan agar peniaga turut berjaga-jaga untuk tidak meninggalkan khemah jualan mereka tanpa pengawasan.
Diharapkan peniaga yang terlibat terus tabah dan cekal dalam mencari rezeki yang halal.
Untuk si pelaku, bawa bawalah bertaubat, bulan puasa pon nak mencuri.