Guru agama rogol 12 pelajar hingga lahirkan 8 bayi

Guru agama rogol 12 pelajar hingga lahirkan 8 bayi

Di Bandung Indonesia, seorang ustaz yang merupakan pengurus yayasan sekolah pondok didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk iaitu merogol seramai 12 orang pelajarnya.

Memetik laporan Kompas TV, tertuduh yang dikenali sebagai Herry Wirawan dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2016 hingga 2021.

Kebanyakan daripada mangsa berumur antara 16 hingga 17 tahun.

Daripada 12 pelajar yang menjadi mangsa, 8 orang daripadanya telah melahirkan anak manakala 2 orang lagi sedang hamil.

Peguam, Agus Mudjoko berkata, salah seorang daripada mangsa ada yang sudah dua kali melahirkan anak akibat daripada perbuatan tertuduh.

Menurutnya, selain pondok tersebut tertuduh turut membawa mangsa ke apartmen dan hotel di Kota Bandung untuk melempiaskan nafsu.

Tertuduh didakwa memerangkap mangsa dengan janji-janji manis seperti menyambung pengajian di kolej serta dilantik menjadi pengurus pondok jika mereka bersedia menjadi pemuas nafsunya.

Ketua Seksyen Penerangan Undang-Undang Pejabat Pendakwa raya Jabar, Dodi Gazali Emil berkata, guru tersebut akan menjalani sesi perbicaraan pada 18 Disember ini.