Guru ini dikecam netizen kerana buat live TikTok semasa mengajar

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila terdapat seorang guru yang bertindak untuk membuat ‘live’ di TikTok ketika sedang mengajar di dalam kelas bersama muridnya.
Isu itu mula menjadi perhatian selepas dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter, @n_ahwal yang tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan.
Disekat selepas bertindak menegur perbuatan guru tersebut
Menurutnya, dia telah menegur guru itu sebelum guru tersebut bertindak untuk menyekat dirinya di TikTok.
Dia turut menyifatkan tindakan guru tersebut membuat ‘live’ ketika mengajar adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.
Ini kerana seorang guru hendaklah memberi perhatian yang sepenuhnya kepada murid-murid ketika sesi pengajar dan pembelajaran berlaku.
Bila komen, kawan dia belakang tu kata “Kenapa tak boleh mengajar live? Ramai je cikgu mengajar live?”. Ramai = dibenarkan ke? Masa mengajar mata ke kamera. Fokus ke tu? pic.twitter.com/ffsQNZNQLc
— Tai Tai (@n_ahwal) April 13, 2022
Tindakan guru tersebut telah dikecam oleh netizen
Ciapan tersebut turut mendapat perhatian netizen apabila rata-rata di antara mereka tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh guru itu sehingga ada yang menunjukkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Macam kena cakap jugak sebab risaunya anak-anak i dapat cikgu camni ….
Kalau mmg jenis suka attention, jangan jadi cikgu please. Tukar profession jadi artis/influencer 🙃 https://t.co/auaKblCrAx
— Mieja (@mieja_ibrahim) April 14, 2022
— Tai Tai (@n_ahwal) April 13, 2022
KPM akan siasat kes berkenaan
Dalam masa yang sama, isu berkenaan turut menarik perhatian Dr Radzi Jidin, jurucakap Kementerian Pelajaran dan memaklumkan bahawa pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi ketika waktu pejabat.
Malah menerusi ciapan itu beliau turut memaklumkan pihak KPM akan menyiasat kes berkenaan untuk tindakan lanjut.
— Tai Tai (@n_ahwal) April 13, 2022