Hakim kata yang kejar harta Arwah Abam bukan isteri, tapi plaintif-plaintif

Hakim kata yang kejar harta Arwah Abam bukan isteri, tapi plaintif-plaintif

Mahkamah Sesyen pada pagi Jumaat memerintahkan pelawak, Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana telah mengeluarkan kenyataan aib dua tahun lalu.

Dalam prosiding yang sama, mahkamah menolak saman fitnah Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya terhadap Siti Nor Hidayah dan usahawan, Datuk Aliff Syukri.

Sinar Harian dalam laporannya berkata, Hakim Zulqarnain Hassan ketika membuat keputusan itu berkata pihak yang mengejar harta bukannya Nor Hidayah sebaliknya plaintif-plaintif.

Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif

Plaintif pertama hingga empat yang dinamakan dalam kes ini ialah ibu, Allahyarham Sabariah Arshad; bapa, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan; kakak, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan dan Ali Puteh.

Menurut hakim lagi, pada hari kedua Abam meninggal dunia, ahli keluarga plaintif telah mengajak Siti Nor Hidayah berbincang mengenai harta arwah.

Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

Setelah meneliti semua keterangan saksi dan hujahan peguam, mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta ialah bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

Kata beliau, isteri arwah dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan menyedihkan berdasarkan persekitaran dan keadaan pada masa itu.

Apa yang dilakukan seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang turut dilema bagaimana untuk menghadapi masa depan dengan anak yang masih kecil.