Hangat! Kerana terlalu cantik, guru ini rogol pelajar

Hangat! Kerana terlalu cantik, guru ini rogol pelajar

Akibat tidak tahan melihat kecantikan pelajarnya, seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Makarti Jaya nekad merogol mangsa.

Lapor Utusan, kes terbongkar selepas mangsa dikenali sebagai L berusia 13 tahun mengaku pernah diperkosa oleh lelaki itu, dua tahun lalu.

Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di Makarti Jaya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Banyuasin, Ikang Ade Putra mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek turut mengganggu pelajar lain.

Katanya, guru itu berpura-pura mengajak murid perempuan ke perpustakaan dengan alasan ingin memberikan markah tambahan.

Namun, helahnya terbongkar selepas dia melakukan serangan seksual terhadap pelajar itu.

Difahamkan, seramai tiga pelajar menjadi mangsa guru lelaki berumur 31 tahun itu dengan salah seorang mangsa pernah dirogol.

“Cuma sekali itu kalau dengan L sampai bersetubuh. Kalau dengan yang lain tidak pernah, hanya pegang-pegang sahaja. Tidak sampai aku ajak untuk bersetubuh seperti L,” kata guru tersebut.