Hangat! Ketua Audit Negara buktikan PH telus dan berintegriti

Hangat! Ketua Audit Negara buktikan PH telus dan berintegriti

Sijil mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan bahawa Tabung Haji pada tempoh berakhir 31 Disember 2019 telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Lembaga TH dan Kumpulannya serta prestasi kewangan serta aliran tunai selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 35).

Secara umumnya, pendapat Ketua Audit Negara ini menunjukkan bahawa setiap keputusan dan langkah yang diambil oleh pasukan TH sebelum ini selaras dengan apa yang dibawa dalam pentadbiran PH iaitu ketelusan dan berintegriti.

Pemuda AMANAH berpandangan bahawa laporan ini secara jelas membuktikan TH telah melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan amanah sekali gus mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa penyelewengan atau salah urus dalam pentadbiran TH semasa PH memerintah.

Justeru, kami mendesak kepada semua pihak yang telah membuat tohmahan dan menyebarkan maklumat salah berkenaan TH sebelum ini untuk tampil membuat permohonan maaf kerana telah mengelirukan orang awam dan 9 juta pendeposit TH.

MUHAMMAD TAQIUDDIN CHEMAN
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional