Harga barang naik: Penyelesaiannya adalah mati
SELAGI MANA KITA HIDUP SELAGI ITU TIDAK AKAN SELESAI…
Semasa zaman BN memerintah dulu, bila petrol naik… pemimpin minta guna basikal. Bila gula naik… untuk cegah kencing manis. Bila tol naik… boleh guna jalan tiada tol. Bila ayam naik… jangan makan ayam. Bila sayur naik… harga kangkung turun. Bila minyak masak naik… kukus makanan atau bakar.
Semua jawapan itu tidak dapat lawan jawapan pemimpin PAS ini : “Isu kenaikan harga ini, selagi mana kita hidup selagi itu tidak akan selesai”.
Jadi siapa yang tak dapat terima hakikat barang naik, pergi matilah… Penyelesaiannya mati.. Selagi hidup, kena terimalah…
Kenaikan harga barang ada kaitan dengan bekalan barangan, kelemahan undang-undang, kawalan, pengkuatkuasaan dan urus tadbir kerajaan disamping pemimpin yg tiada idea, tangkap muat dan ‘bodo’…
Nadzmi Al Auzaei