Harga roti naik lagi, kini lebih mendadak

Harga roti naik lagi, kini lebih mendadak

THE Italian Baker yang mengeluarkan roti Massimo menaikkan harga produknya bermula semalam.

Harga baharu White Sandwich 400g adalah RM2.80 sebuku (naik daripada RM2.38), White Sandwich 600g RM4 (naik daripada RM3.35) dan Wheat Germ 400g RM3 (naik daripada RM2.48).

Selain itu, harga Wheat Germ 600g naik kepada RM4.25 (sebelum RM3.71).

Harga baharu lain termasuk RM4.10 untuk produk 100% Whole Wheat dan ban krim Duetto pula berharga RM1.

Kenaikan harga produk roti dan bakeri lain bawah jenama Massimo itu berkuat kuasa semalam, menurut satu notis syarikat itu kepada peruncit.

Terdahulu, berkuat kuasa 1 Disember lalu, Gardenia Bakeries menaikkan harga pelbagai produk roti dan bakerinya.

Alasan kenaikan harga disebabkan harga bahan mentah dan pengangkutan yang meningkat.