Hebat! Anak dan ibu hamil serentak

Hebat! Anak dan ibu hamil serentak

 

Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan gambar yang menunjukkan dia sedang hamil secara serentak dengan ibunya, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh pemilik akaun Instagram @recehskidipapap, wanita tersebut berdiri di sebelah ibunya dalam keadaan kedua-duanya memegang perut masing-masing.

“(Hamil) bersama-sama ya.

“Saya mengandungkan cucu mama, mama mengandungkan adik saya,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Status itu kemudiannya mendapat perhatian netizen yang berkongsi pendapat dan rasa teruja mereka di ruangan komen.

“Baru lahir nanti terus bergelar ibu saudara,” tulis seorang netizen.

Hantaran tersebut menjadi tular dan mendapat 20,000 tanda suka dan beratus-ratus komen setakat ini.