Hilang di Mekkah, cikgu Mustapha Kamal disahkan meninggal dunia

Hilang di Mekkah, cikgu Mustapha Kamal disahkan meninggal dunia

 

Misteri kehilangan seorang lelaki di kota suci Makkah sejak Disember tahun lalu akhirnya terjawab selepas mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kedutaaan Malaysia.

Salam takziah

Menurut anak Allahyarham Musthafa Kamal Abdullah iaitu Muhammad Nabel, mereka sekeluarga menerima panggilan dairpada Kedutaan Malaysia pada pagi Jumaat memaklumkan bahawa bapanya telah meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Melalui pengesahan biometrik dan segala pengurusan jenazah telah selesai, termasuk pengebumiannya.

Ujar Nabel lagi, meskipun berat untuk diterima namun mereka sekeluarga reda dengan ketentuan-Nya. Namun mereka kini masih menunggu punca kematian dan lokasi Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Saya berharap dapat bawa ibu ke Tanah Suci dan menziarahi pusara arwah ayah. Bagaimanapun kami merancang untuk ke sana selepas musim haji.

TerdahuluAllahyarham yang juga merupkan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja telah berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz, 17, pada 6 Disember tahun lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham, 49, dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.

Seterusnya pada 20 Januari lalu Muhammad Nabil, 26 dan Muaz, 17, berangkat ke Makkah untuk mencari bapa mereka, namun usaha berkenaan gagal. Sehinggalah pada pagi Jumaat, mereka sekeluarga menerima perkhabaran pemergian bapa tercinta.