Hubungan Pas-Umno masih baik, kata Hadi Awang
SECARA umum, hubungan Pas dan Umno masih baik, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Alhamdulillah…hubungan (Pas-Umno) masih lagi baik secara umumnya bukan individu…kerana kita anggap Umno bukan parti individu.
“Antaranya kerjasama mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN)…Umno sama-sama terlibat. Umno tak tarik diri lagi.
“Insya-Allah, hubungan antara Pas-Umno boleh diselamatkan lagi.. dan MN masih lagi hidup dan tidak dikuburkan lagi,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut mengenai adakah MN akan menerima parti Amanah, beliau berkata, pihaknya tidak menerima parti yang bekerjasama dengan DAP yang disifatkan ‘extreme’.
“DAP adalah extreme…sehingga hari ini Amanah bersama DAP. Kita tidak menerima selagi (Amanah) ada hubungan (DAP). Kita pilih parti bersifat sederhana,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiapost.