Hukum telan air mani suami, ramai nak tahu boleh atau tidak

Hukum telan air mani suami, ramai nak tahu boleh atau tidak

 

Apakah hukum minum air mani? Adakah ia diperbolehkan atau tidak? Artikel ini akan membincangkan hukum minum air mani dengan penjelasan yang mudah.

Apa itu air Mani?

Air mani ialah sejenis cecair yang keluar secara memancut dari zakar lelaki ketika dia mencapai kemuncak syahwat. Air mani berbentuk air yang berwarna kelabu-putih. Proses pengeluaran air mani ini dipanggil sebagai ejakulasi. Dalam air mani ada sperma. Sperma ini sejenis sel pembiakan lelaki. Ia adalah asal di mana seorang manusia itu dilahirkan. Allah berfirman dalam Surah al-Mukminun ayat 14,

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Air benih dalam ayat ini bermaksud air mani. Sebabnya, air mani bertindak sebagai benih dalam diri wanita. Apabila ia dimasukkan ke dalam tubuh wanita, wanita itu akan mengandungkan bayi.

Ejakulasi akan berlaku apabila adanya geseran pada alat kelamin. Ketika ia mencapai klimaksnya, maka ia akan terpancut. Perlu diingatkan di sini, air mani dan sperma itu berbeza. Ia tidak sama. Air mani bukan sperma dan sperma bukan air mani. Dalam air mani, terdapatnya sperma. Dan, boleh jadi, dalam air mani tidak terdapatnya sperma. Ia bergantung. Dengan terpancutnya air mani, ia tidak menggambarkan adanya sperma.

Ketika air mani keluar. Wajib bagi sesiapa yang mengeluarkan air mani itu melalui seks dan sebagainya untuk mandi wajib. Walaupun air mani itu terkeluar disebabkan mimpi sekalipun, tetap kena mandi wajib.

Persetubuhan dalam Islam

Lelaki dan perempuan haram bersetubuh. Itu dinamakan sebagai zina. Zina ini berlakunya apabila sepasang lelaki dan perempuan bersetubuh tanpa ikatan yang sah. Bagaimana nak ada ikatan yang sah? Pernikahan.

Apa itu nikah? Nikah itu merupakan akad yang mengharuskan hubungan lelaki dan perempuan. Allah berfiman an-Nisaa’ ayat 3,

maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,

Dalam ayat ini, kita lelaki mempunyai had untuk berkahwin dengan wanita yang dia berkenan sehingga empat. Sekiranya tidak yakin untuk tidak berlaku adil, maka anjuran ayat ini adalah untuk berkahwin hanya seorang isteri sahaja.

Ketika Arab jahiliah, mereka tidak melayani wanita dengan darjat yang tinggi. Mereka tidak menghormati golongan wanita. Keluarga yang dapat melahirkan anak perempuan, seolah-olah satu keaiban dan ‘kekotoran’ pada diri. Sama ada mereka akan bunuh dan tanam saja bayi-bayi itu. Atau, mereka jadikan sebagai pelacur dan hamba.

Wanita pada zaman itu, wanita ini digunakan untuk melepaskan nafsu semata-mata. Lepas puas, tinggalkan. Ceraikan. Maka, banyaklah wanita-wanita yang janda. Mereka digunakan. Lepas mereka mengandung, ditinggalkan. Biarlah nak jadi apa.

Tuntasnya, Islam datang memberi keadilan ini. Lelaki yang berkahwin harus mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil terhadap wanita. Nak kahwin, sudah ada had. Empat saja maksimum. Bila dah kahwin, ada nafkah yang wajib suami beri kepada isteri. Dan macam-macam lagi.

Persetubuhan juga dalam Islam dibenarkan bagi pasangan suami isteri yang sah. Kawan sama kawan tidak boleh. Haram. Itu sudah jadi zina. Mengapa?

Kerana objektif bersetubuh dalam perkahwinan adalah untuk melangsungkan dan menyambungkan keturunan dan nasab dengan baik. Selepas itu, anak yang dilahirkan pula menjadi tanggungjawan mutlak ibu bapa yang bersetubuh tadi. Ia juga akan bersangkutan dengan pelbagai lagi hukum, seperti harta perwarisan dan sebagainya.

Islam datang memberikan keadilan yang baik kepada wanita agar darjatnya mula dihormati.

Hukum minum air mani

Imam an-Nawawi berpandangan, tidak harus untuk telan air mani kerana ia sesuatu yang kotor. Ia juga bukan sesuatu benda yang untuk diminum atau ditelan. Hal ini beliau berpaksi pada ayat 157 Surah al-A’raf,

(Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Tauran dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Al-Quran terang-terang mengharamkan segala hal-hal yang buruk. Apakah air mani itu baik untuk diminum? Ia bukan sejenis minuman. Maka ia buruk. Haramlah kita lakukan sedemikian.

Sheikh Abdurrahman al-Barrak juga berpandangan ianya haram untuk diminum. Mungkin ada yang berpandangan ianya boleh diminum kerana ia suci. Benda yang suci tidak semestinya boleh diminum dan dimakan. Maka, alasan itu tidak boleh dipakai sama sekali,

Kesimpulan

Hukum meminum air mani adalah haram. Ia tidak bertindak untuk diminum. Maka, itu juga sudah menunjukkan penggunaannya pada bukan pada tempatnya yang sesuai.