Ibu dera, tergamak kurung anak dalam sangkar anjing
Seorang ibu disiasat kerana disyaki melakukan cubaan membunuh dan menyeksa anak lelakinya dengan meletakkan kanak-kanak itu di dalam sangkar anjing dan mendedahkannya kepada suhu di bawah sifar.
Sifat kejam seorang ibu
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan BBC News, kanak-kanak lelaki di Autsria itu didapati koma dan mengalami hipotermia selepas bapanya yang tinggal berasingan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa pada 22 November tahun lalu.
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu difahamkan mengalami kekurangan zat, mempunyai suhu badan hanya 26.8C dan hampir mati selepas diseksa ibunya selama berbulan-bulan.
Jurucakap polis wilayah Lower Austiria berkata kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital manakala ibunya yang berusia 32 tahun itu ditahan pada hari berikutnya.
Wanita itu disyaki telah menyiram anaknya dengan air sejuk beberapa kali sehari sambil membuka tingkap apartmen selama beberapa jam di semasa suhu di bawah sifar.
Kanak-kanak itu kini telah pulih dari segi fizikal, tetapi dari sudut pandangan psikologi, dia masih hancur.
Dalam pada itu, pada Mei lalu, Mahkamah Agung menolak aduan wanita itu yang ditahan reman beberapa bulan. Siasatan pula dijangka akan berterusan sehingga akhir musim panas setelah keputusan mengenai dakwaan dilakukan.