Ibu muda dirogol abang angkat suami di depan bayi 8 bulan

Ibu muda dirogol abang angkat suami di depan bayi 8 bulan

 

Seorang ibu muda berusia 18 tahun telah menjadi mangsa rogol oleh abang angkat suaminya sendiri sehingga dia ketakutan dan trauma.

Rogol kali pertama

Wanita itu bersama suami dan anak mereka berhijrah dari Aceh ke Jakarta, Indonesia untuk mencari rezeki yang lebih baik dan mereka tinggal di sebuah rumah tumpangan di Pademangan, Jakarta Utara.

Kejadian rogol kali pertama berlaku pada 20 Februari 2023, iaitu semasa suspek mengunjungi rumah tumpangan mangsa. Suspek menyuruh suami mangsa keluar membeli pewangi rumah dan ketika itulah mangsa dirogol di hadapan bayinya yang berusia lapan bulan.

Mangsa yang berada dalam ketakutan itu diancam dan risau jika suspek memukul anaknya. Oleh itu, dia terpaksa berdiam diri dari memberitahu suaminya.

Suspek yang berusia 32 tahun itu merupakan abang angkat mangsa yang telah dikenalinya sejak lapan tahun lalu.

Rogol kali kedua

Pada 3 Mac lalu, lelaki tersebut tanpa rasa bersalah merogol wanita itu sekali lagi semasa bekalan elektrik rumah mangsa terputus. Dalam keadaan terpaksa mangsa meminta bantuan suspek kerana anaknya kepanasan.

Dalam pada itu, suspek menyuruh suami mangsa mencari rumah tumpangan sementara untuk mereka berehat. Malangnya, itu hanyalah helah suspek supaya dia dapat melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan suspek, mangsa kemudian mengadu kepada suaminya dan akhirnya suspek mengakui perbuatan kejinya.

Susulan itu, suami mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Pademangan.