Ini biodata Gabenor Bank Negara yang baharu, mesti anda terkejut! Bukan biasa-biasa

Ini biodata Gabenor Bank Negara yang baharu, mesti anda terkejut! Bukan biasa-biasa

 

Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.

BNM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Abdul Rasheed itu adalah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.

Beliau akan mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang akan menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023.

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 2016.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya serta MBA daripada Saïd Business School, Oxford University.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.

Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).

Abdul Rasheed berkata, pelantikannya sebagai Gabenor adalah satu penghormatan dan akan meneruskan serta meningkatkan lagi usaha yang dilaksanakan Shamsiah.

“Di bawah kepimpinan beliau (Shamsiah), BNM terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik.

“Beliau juga telah memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan BNM pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang dan menangani cabaran pada masa hadapan. Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor,” katanya.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, menerajui BNM selama lima tahun adalah satu penghormatan kepadanya.

“Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk memimpin BNM dan berkhidmat untuk negara, terutamanya semasa keadaan tidak menentu dan sangat penting kepada negara.

“Saya percaya Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui BNM sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengan beliau. Saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin BNM bagi terus memenuhi mandatnya iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan,” katanya.

Biodata

Nama: Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour

Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour memaikan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).

Pendidikan

Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Said Business School, Universiti Oxford

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya (UM)

Kerjaya/Perkhidmatan

1 Julai 2023 – 30 Jun 2028: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

2016: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

Penolong Gabenor (Sektor Monetari dan Ekonomi Bank) BNM

1988: Jabatan Peraturan Bank Bank Negara Malaysia (BNM)

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)

2015 – Kini: Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan

Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari, Bank Negara Malaysia (BNM)

Jawatankuasa Pengurusan, BNM

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan, BNM

Jawatankuasa Pengurusan Rizab, BNM

Jawatankuasa Pengurusan Risiko Bank, BNM

2012 – 2014: Pengarah Eksekutif Gantian untuk Malaysia di Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa, di Washington DC.

Kredit: Google