Ini cara cuci kesan bakar di seterika, pakal Panadol je!
Khuatir bakal merosakkan pakaian, pengguna lebih cenderung untuk membeli seterika baharu setelah ia dicemari dengan kekotoran.
Sering dikotori dengan kesan hangus pakaian, pengguna seharusnya berusaha mencucinya terlebih dahulu sebelum membuang seterika lama.
Masih boleh dipakai sekiranya dapat berfungsi dengan baik, ini adalah petua berkesan untuk menghilangkan kotoran pada seterika hingga licin berkilat.
1. Panadol Soluble
Boleh menghilangkan selesema, siapa sangka, Panadol Soluble juga mampu membantu menghapuskan kesan hangus dengan cepat.
Mula-mula, anda perlu memanaskan seterika dan basahkan panadol dengan sedikit air. Kemudian, gosokkan panadol tersebut pada kesan kekotoran.
Bagi mengelakkan kecederaan, panadol perlu dipegang dengan alatan yang sesuai seperti gunting supaya seterika panas tidak terkena pada tangan.
Apabila tindak balas berlaku dan kesan hitam mula tanggal, anda boleh lap permukaan seterika dengan menggunakan kain lain.
2. Garam
Mudah didapati, bahan masakan iaitu garam juga boleh membantu menghilangkan kekotoran dengan bantuan surat khabar.
Sebelum panaskan seterika, pengguna perlu meletakkan garam di atas surat khabar terlebih dahulu.
Setelah panas, gosokkan seterika pada garam sehingga permukaannya kembali berkilat seperti baru beli di kedai.