Ini cara jimat kouta internet Facebook yang ramai tak tahu

Ini cara jimat kouta internet Facebook yang ramai tak tahu

Ada macam-macam cara untuk Facebook pancing anda untuk kekal memandang skrin telefon dan terus berada di dalam APP mereka. Tapi, tanpa anda sedari ada antara cara yang mereka guna sedikit menjengkelkan.

Salah satu daripadanya adalah ciri autoplay pada video. Ia akan memainkan video secara automatik tanpa anda menekan butang main sewaktu anda skrol menerusi newsfeed anda. Bukan sahaja ia mainkan video tanpa kebenaran, ia juga boleh memakan kuota Internet tanpa anda sedari.

Berikut adalah cara untuk matikan ciri autoplay video dan jimatkan sehingga 40% penggunaan data pada APP Facebook.

Di halaman perumah APP Facebook, cari ikon garis melintang disebelah ikon notifikasi loceng. Bila tiba di Menu, and acari ikon gear untuk masuk lebih dalam.

Skrol ke bahagian bawah. Dalam kalangan subsekseksyen Preferences, aka nada pilihan Media, tekan butang itu.

Ada beberapa tetapan anda boleh lakukan di sini untuk jimatkan data. Antaranya adalah:

  1. Tukar kulaiti video daripada Optimized kepada Data Saver
  2. Tukar tetapan Autoplay kepada Never Autoplay Videos

Anda perlu ulang langkah-langkah di atas setiap kali anda lakukan pemasangan semula APP Facebook, contohnya di telefon baharu ataupun bila anda lakukan reset pada telefon.