Ini cara mudah buat semakan penyata gaji secara online

Ini cara mudah buat semakan penyata gaji secara online

Dengan adanya penyata gaji, ia memudahkan anda urusan anda seperti membuat pinjaman kereta, rumah ataupun pinjaman peribadi.

Penyata gaji adalah perkara yang sangat penting bagi mereka yang bekerja terutama sekali mereka mereka yang bekerja makan gaji.

Ini kerana, dari penyata gaji inilah pihak bank akan menilai sama ada anda layak atau tidak permohonan pinjaman anda tersebut.

Selain itu juga, di slip gaji ini jugalah mengandungi sehala maklumat mengenai gaji anda seperti, bayaran overtime, potongan EPF, SOCSO, Insuran dan sebagainya. Ia juga dapat di jadikan sebagai bukti sekiranya berlaku sebarang masalah.

Semakan Penyata Gaji

Ramai antara kita yang menyemak slip gaji mereka terutama sekali bagi penjawat awam di negera kita. Tetapi pada masa kini, untuk anda menyemak slip gaji anda bukanlah satu perkara yang sukar.

Malah, anda tidak perlu selalu pergi berjumpa dengan HR anda semata-mata mahu minta slip gaji anda.

setiap penjawat awam di negara kita sangat di galakkan untuk menyemak slip gaji mereka secara online. Ini kerana, pada masa kini anda bukan sahaja boleh membeli barangan serta makanan secara online tetapi juga anda boleh menyemak slip gaji anda secara online.

Jom kami kongsikan cara untuk anda menyemak penyata gaji secara online. Antara caranya ialah:

1- Pergi Ke Laman Web Rasmi

Untuk membuat semakan penyata gaji anda, pastikan anda membuat semakan di Website rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia jangan sesekali membuat semakan selain dari website Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Ini kerana, ia melibatkan maklumat peribadi anda. Jika anda membuat pendaftaran semakan, anda mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan maklumat peribadi tersebut mungkin akan di salah gunakan.

Semakan Penyata Gaji

2- Klik Ikon SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN

Selepas itu, semakan penyata gaji anda akan di bawa ke laman pautan pintas portla rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Di sini ada 4 ikon pilihan yang boleh anda pilih. Bagi menyemak slip semakan penyata gaji, anda perlu klik ikon “SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN”. Kemudian, anda akan di bawa ke halaman seterusnya iaitu halaman daftar masuk.

3- Mula Mendaftar Masuk

Bagi yang sudah pernah mendaftar, anda boleh log masuk terus dengan menggunakan nombor IC dan password yang telah anda daftar. Tetapi bagi yang akali pertama masuk, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan cara klik ikon “pertama kali mendaftar”

Semakan Penyata Gaji

4- Isikan Segala Maklumat Yang Di Minta

Satu perkara yang perlu anda ingat ialah, jangan sesekali berkongsi segala maklumat yang telah anda isi termasuk password anda dengan orang lain. Seeloknya, letak password yang mudah untuk anda ingat bagi mengelakkan anda terlupa password nanti.

Semakan Penyata Gaji

Selepas itu, anda di bawa ke laman maklumat diri anda. Untuk mendaftar akaun anda perlu mengisi segala maklumat yang di minta seperti:

  • No. Kad Pengenalan / No. Pasport,
  • No. Gaji,
  • Kata Laluan
  • Soalan Keselamatan.
  • Nombor telefon
  • Email

5- Mula Download Penyata Akaun

Setelah selesai segala langkah di atas, anda sudah boleh mula log masuk dengan menggunakan nombor Ic dan password yang telah anda daftarkan tadi. Selepas itu, anda boleh menyemak penyata akaun anda dan boleh download penyata akaun anda. Anda akan dapat penyata akaun anda dalam bentuk PDF dab boleh di print pada bila-bila masa.

Selain boleh menyemak penyata gaji, dalam sistem ini juga anda boleh mengakses bermacam perkara. Antaranya ialah:

  1. Maklumat Pendapatan Tahunan serta informasi Pusat Bayaran,
  2. Kod Jawatan, No. Cukai Pendapatan,
  3. No. Fail Majikan,
  4. Gaji Pokok
  5. Elaun-elaun
  6. Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan sebagainya

Klik pautan yang kami sediakan untuk membuat semakan penyata gaji anda. Muat Turun

Kesimpulanya, dengan adanya sistem sebegini ia sangat membantu dan memudahkan urusan kita untik membuat semakan penyata gaji kita.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh menyemak penyata gaji dengan mudah dan pada bila-bila masa sahaja. Jadi, anda tak perlu susah payah minta penyata gaji anda dekat majikan anda.

-myinfokerja-