Ini tiga langkah elak kita di add di group Telegram tidak dikenali

Ini tiga langkah elak kita di add di group Telegram tidak dikenali

Selain WhatsApp, aplikasi perbualan seperti Telegram turut digunakan oleh orang ramai untuk berhubung.

Bukan sahaja mudah untuk digunakan, malah anda juga boleh berhubung dengan seseorang itu tanpa perlu mendedahkan nombor telefon.

Namun bagi mereka yang mempunyai Telegram pasti pernah melalui situasi di mana tiba-tiba sahaja anda berada di dalam sebuah grup yang tidak pernah disertai seperti pelaburan emas, trading dan banyak lagi.

Meskipun sudah beberapa kali anda meninggalkan grup tersebut tetapi masih ada lagi grup baru yang masuk dan kebiasaannya saluran ini digunakan oleh para scammer untuk menipu.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter iaitu @kikilalana telah berkongsi beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anda dari terus ditambah (add) masuk dalam grup tersebut.

Langkah ini meskipun menggunakan visual dari peranti iPhone, ia tetap sama dan boleh diguna pakai untuk pengguna Android.

Jom kami kongsikan 3 langkah mudah ini.

#1 Buka Telegram & Tekan Settings

Buka aplikasi Telegram di telefon bimbit anda dan buka ke bahagian settings. Kemudian pilih ‘Privacy & Security’ seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

#2 Klik Butang Group & Channels

Apabila sudah memilih ‘Privacy & Security’ anda akan menjumpai satu lagi senarai baru dan tekan pada butang Group & Channels.

#3 Pillih My Contacts

Sejurus memilih butang Group and Channel anda akan diberi dua pilihan untuk membenarkan orang lain menambah anda ke dalam mana-mana grup. Jadi tukarkan tetapan dari ‘Everybody’ kepada ‘My contacts’.

Jadi lepas ini akaun Telegram anda dah selamat kerana tiada lagi grup yang bukan-bukan di dalamnya. Anda juga boleh menggunakan aplikasi tersebut dengan selamat dan hanyak masuk ke dalam grup yang dimahukan sahaja.

Jangan lupa untuk kongsikan langkah mudah ini bersama rakan dan ahli keluarga yang lain, mungkin mereka juga sedang mengalami masalah yang sama seperti anda. Selamat mencuba!