Ini tips ‘Travel Jimat’ semasa Covid19 yang ramai tak tahu
Dalam keadaan pandemik sekarang ni, boleh dikatakan ramai mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan jangka masa panjang dan memerlukan belanja yang besar.
Tak dinafikan, ada juga segelintir yang masih belum sempat untuk bercuti gara-gara sibuk, selain baru sahaja dapat menghela nafas lega apabila kelonggaran demi kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan.
Sungguhpun begitu, ada juga yang sudah membuat perancangan untuk bercuti lebih-lebih lagi menjelang cuti perayaan yang bakal tiba tak lama lagi.
Perlu diingatkan, dari segi pengalaman bercuti atau travel sebelum dan semasa pandemik ini, ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Selain kekangan pergerakan, tempoh operasi kedai atau kapasiti yang dibenarkan dalam sesuatu premis juga perlu diambil kira.
Jadi, ini ada tips ‘travel jimat’ semasa pandemik yang korang boleh jadikan rujukan :
Buat Kira-Kira Sekarang
Salah satu perkara yang paling penting adalah kos atau ‘bajet’ yang perlu korang sediakan. Sebagai contoh, cas yang dikenakan oleh tempat penginapan, cas tambahan untuk penerbangan dan lain-lain.
Kalau mula buat kira-kira dari sekarang, korang akan mempunyai lebih banyak masa untuk merancang kewangan dan menyimpan untuk percutian korang nanti.
Tempah Awal
Kalau korang nak bercuti contohnya bulan 8 atau hujung tahun, rasanya dah boleh mula semak harga hotel dan buat tempahan secara online lebih awal. Korang juga boleh tempah aktiviti yang korang nak jalankan contohnya bermain jet ski ke, paragliding ke dan lain-lain.
Cari Tempahan Fleksibel
Cuba buat cari penginapan atau laman web macam Agoda yang tawarkan tempahan fleksibel. Ini sangat membantu dan menjimatkan poket sekiranya korang terpaksa tukar perancangan atau lebih teruk, terpaksa batalkan tempahan.
Untuk yang tawarkan tempahan fleksibel ni, dia akan bagi tempoh masa untuk pembatalan tanpa cas, selain ada juga yang tawarkan penukaran tarikh dan sebagainya.
Destinasi ‘Dekat’
Ada kalanya, kita tak perlu pun bercuti jejauh. Mungkin korang boleh cari kawasan perkelahan ke atau tempat yang berkonsepkan retreat yang korang boleh ‘balik hari’. Walaupun memenatkan, tapi setidaknya korang dah jimat dari segi penginapan, minyak dan lain-lain.
Gunakan kupon, promosi online
Banyak aplikasi berkaitan percutian seperti Klook, AirAsia, Agoda, Grab dan
macam-macam lagi ada tawarkan pelbagai jenis diskaun untuk menggalakkan orang
ramai pergi bercuti pasca pkp ni.
Kalau nak lebih penjimatan, ada satu ‘trick’ yang ramai lagi tak perasan iaitu menggunakan Grab Travel Pass yang ditawarkan dengan harga pengenalan RM4.90 sahaja! Dengan satu app je, anda boleh ‘unlock’ tawaran untuk pelbagai perkhidmatan yang anda perlu untuk percutian anda.
Bila dah ada pass ni nanti, korang boleh gunakan GrabTravel Pass ini untuk dapatkan pelbagai potongan untuk pembayaran atau pembelian menggunakan aplikasi Grab. Caranya :
- Langkah 1: Buka aplikasi Grab dan cari bahagian ‘Keep discovering’ dan piliih ‘Grab Travel Pass’.
- Langkah 2: Tekan ‘Buy Now‘ dan buat pembayaran.
- Langkah 3: Cari pass tersebut di bahagian ‘My Rewards‘
Berikut antara tawaran-tawaran menarik yang korang boleh dapatkan menerusi Grab Travel Pass :
Agoda
- Diskaun 8% untuk tempahan hotel.
- Sah sehingga 10 April 2022.
- Sah untuk penginapan di destinasi di seluruh dunia.
- Tiada perbelanjaan minima diperlukan.
Firefly
- Diskaun RM10 untuk tiket penerbangan.
- Sah sehingga 31 Januari 2022.
- Penerbangan domestik sahaja.
- Tiada perbelanjaan minima diperlukan.
Klook
- Diskaun RM20 untuk tiket-tiket pusat pelancongan.
- Sah sehingga 31 Mac 2022.
- Aktiviti domestik sahaja.
- Sah untuk perbelanjaan minima RM250.
Malaysia Airlines
- Diskaun 15% tiket penerbangan.
- Sah sehingga 21 April 2022.
- Penerbangan domestik sahaja.
- Tiada perbelanjaan minima diperlukan.
Grab Rides
- Diskaun RM5 x 2 perjalanan dari atau ke KLIA/KLIA2.
- Sah sehingga 21 April 2022.
- Diskaun RM5 x 2 perjalanan dari atau ke Lapangan Terbang di luar Lembah Klang.
- Sah sehingga 21 April 2022.
- Diskaun RM5 x 2 perjalanan Grab.
- Sah sehingga 21 April 2022.
GrabPay
- Diskaun tambahan RM30 untuk tempahan dari Agoda, Firefly, Klook dan Malaysia Airlines (total diskaun RM120!) apabila anda membayar dengan GrabPay.
Korang boleh nikmati tambahan potongan RM30 lagi bila membuat bayaran kepada rakan niaga Grab menggunakan GrabPay Wallet, untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat sini.