Iqram Dinzly buat hal lagi, berselawat sambil pakai pakaian dalam wanita

Iqram Dinzly buat hal lagi, berselawat sambil pakai pakaian dalam wanita

Selepas dilabel lelaki psiko kerana mencekik pelakon, Mona Allen ketika penggambaran sebuah drama berlangsung, kali ini Iqram Dinzly sekali lagi tampil dengan kontroversi terbaharu.

Menerusi rakaman video yang tular sejak beberapa hari lalu, Iqram dilihat sekali lagi tampil mengenakan pakaian dalam seksi wanita (lingerie) sambil beraksi ghairah.

Bukan itu sahaja, dia juga sempat memasang alunan selawat nabi sebagai muzik latar video berkenaan.

Bagaimanapun, video yang di muat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Ayie atau @Tukangmasakbujang ini nampaknya telah dipadamkan.

Namun, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen TikTok berkenaan dan menyeru agar ada pihak di luar sana yang sudi membantu Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 41, untuk mendapatkan rawatan.

  

Terdahulu, Iqram sebelum ini pernah muncul dengan beberapa siri kontroversi termasuklah didakwa mengajak orang ramai menyembah dajjal, berpakaian nipis sehingga dikatakan sengaja menunjukkan bahagian kemaluannya dan menari balet sambil memakai gaun dengan hiasan di kepala.