Ismail tempelak Muhyiddin, kegagalan kerajaan adalah kegagalan Bersatu juga

Ismail tempelak Muhyiddin, kegagalan kerajaan adalah kegagalan Bersatu juga

Selepas disindir oleh Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika benar kerajaan gagal menguruskan ekonomi, Bersatu turut ‘menyumbang’ kepada kegagalan.

Ismail mengingatkan, dalam kabinet sekarang ada ramai pemimpin Bersatu turut menganggotainya.

Kata perdana menteri, tugas menangani ekonomi Malaysia bukanlah terletak pada bahunya seorang, sebaliknya turut dikongsi ramai menteri.

Menurut Ismail, seorang daripada mereka ialah ahli parlimen Bersatu, Mustapa Mohamed yang diberi tanggungjawab sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

Malah Muhyiddin sendiri mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara, ini bermakna Muhyiddin sendiri gagal, kata bapa Dafi itu.