Isteri ini pinang madu untuk suami, seronok ada kawan baru

Isteri ini pinang madu untuk suami, seronok ada kawan baru

Apabila bercakap soal poligami, kebanyakan yang selalu kita dengar adalah kesedihan dan kepahitan yang dilalui isteri pertama sepanjang tempoh berkongsi kasih.

Biarpun ada sesetengahnya yang rela bermadu dan sendiri pinangkan bakal isteri buat si suami, ada netizen merasakan isteri pertama hanya berpura-pura menerimanya. Betul ke?

Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok, dia telah selamat berkahwin buat kali kedua dengan restu isteri pertama.

Difahamkan isteri keduanya dipinang sendiri oleh isteri pertamanya, malah wanita itu jelas sekali tidak kekok ketika menghadiri majlis suaminya itu. Perkara tersebut ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

@sifugsa7

Monogami tu indah.. Inn shaa Allah.. Poligami itu lebih indah..😍😍 Wife pinangkan..😬😬 #SifuGsA

♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

Menerusi hantaran seterusnya, lelaki ini memuat naik video menjawab dakwaan warganet yang mengatakan raut wajah isteri pertama menunjukkan kesedihan.

Tetapi isteri pertama menafikan dakwaan itu sebaliknya mengakui seronok ada kawan baru.

@sifugsa7

Reply to @mahaniazizmahania Percaya tak ni..?? klu sy tak perbetulkan apa jadi dengan kenyataan awk tu.. itu tanda Allah sayangkan kita..☺☺ #SifuGsA #doakanbaikbaik

♬ original sound – jie-yuhuuu & pie yehaaa – jie-yuhuuu & pie yehaaa

Apa-apa pun selamat pengantin baru diucapkan kepada abang ni. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke Jannah. Amin.