Isteri pelik suami sering marah ketika digoda, sekali kantoi suka hubungan sejenis

Isteri pelik suami sering marah ketika digoda, sekali kantoi suka hubungan sejenis

 

Luluh hati seorang isteri apabila mendapat tahu si suami yang dikahwininya merupakan seorang ‘pencinta lelaki’.

Cerai selepas dua tahun berkahwin

Gambar sekadar hiasan

Itulah kisah yang terjadi kepada seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Julia, 28, apabila perkahwinan yang dibina bersama suaminya itu hanya mampu bertahan selama dua bulan.

Memetik laporan Harian Metro, Julia mendedahkan bahawa bekas suaminya itu tidak menunjukkan tanda-tanda yang pelik sewaktu mereka menjalinkan percintaan namun mula nampak ‘belang’ sebenar selepas mereka melangsungkan perkahwinan.

Bercinta dan saling mengenali selama lebih tiga tahun. Namun kami bercerai selepas dua bulan berkahwin.

Kami sama seperti pasangan bercinta lain, keluar ‘dating’ bersama dan tampak normal sehinggalah berkahwin.

Selepas berkahwin, semuanya bertukar 360 darjah, dia suka mengamuk tanpa sebab munasabah. Langsung tidak sentuh atau tidur dengan saya.

Malah saya sering ternampak dia kerap menghantar mesej kepada rakan pejabat yang sama jenis (lelaki). Naluri isteri ketika itu menyatakan ada sesuatu tidak kena walaupun saya berprasangka baik.

Kerana musykil dengan tindak-tanduk suaminya itu, Julia mendedahkan dia pernah mengekori suaminya yang dikatakan mempunyai urusan kerja di luar negeri namun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat suaminya keluar bersama rakan pejabat yang merupakan seorang lelaki.

Mereka mendaftar masuk ke bilik hotel yang sama dan perlakuan mereka bukan seperti kawan biasa berikutan ada sentuhan mesra.

Selepas insiden itu, saya mahukan kepastian dan meminta suami berterus terang. Akhirnya dia mengaku sebagai golongan homoseksual sejak di bangku sekolah.

Mendengar penjelasan itu, Julia kemudiannya mengambil jalan untuk berpisah selepas difahamkan perkahwinan yang dibina mereka hanyalah taktik bekas suaminya itu untuk mengaburi mata kedua ibu bapanya.

Suami marah bila digoda

Dalam pada itu, terdapat satu lagi kisah sama yang terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Hani, 29, yang terjerat berkahwin dengan lelaki homoseksual.

Menurut Hani, dia berasa sangat pelik dengan tindakan suami yang sering memarahinya setiap kali dia mencuba untuk menggodanya.

Orang lain ‘kantoikan’ suami dengan penyondol wanita. Namun saya jumpa mesej jijik bekas suami bersama boyfriend (kekasih lelaki) dia.

Patutlah selama setahun kami berkahwin, dia berkelakuan pelik. Apabila saya goda, dia tepis dan marah-marah. Rupanya dia (bekas suami) suka hubungan seks sejenis.

Difahamkan, perkahwinan yang dibinanya dengan bekas suami merupakan hasil aturan keluarga mereka memandangkan bekas suaminya itu mempunyai kerjaya hebat.

Dia (bekas suami) lima tahun lebih tua daripada saya. Kami tidak akrab. Kami hanya kenal selepas bernikah. Ketika itu saya menyerahkan semuanya kepada keluarga akibat kecewa selepas dua kali gagal bercinta.

Pada peringkat awal, saya cuma sangka suami adalah seorang yang pemalu.

Tutur kata dengan saya juga sopan namun selepas tiga bulan berlalu, dia langsung tidak pernah mahu atau cuba menyentuh saya. Setiap kali saya ‘pelawa’ dia akan bagi alasan penat dan sebagainya.

Menurut Hani, selepas hampir enam bulan mendirikan rumah tangga, dia yang risau sekiranya bekas suaminya itu berdepan masalah kelamin atau ‘sakit tuan’ mengajaknya untuk berbincang namun sering kali ditolak.

Setelah beberapa kali diajak berbincang barulah bekas suaminya itu akur untuk berbincang dan menerangkan perkara yang sebenar.

Ketika perbincangan itu, dia sendiri mengaku tidak ada nafsu dengan saya. Malah dia mengaku ‘perasaannya’ lebih kepada kaum sejenis.

Tatkala mendengar pengakuan bekas suami, saya rasa dunia ini runtuh. Namun saya tidak terus memfailkan perceraian kerana ketika itu saya yakin, masih ada cara untuk membetulkan keadaan.

Selepas berbulan-bulan gagal membawa bekas suaminya kembali ke pangkal jalan, Hani kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut.