Isteri Shuk luah perasaan, tersiksa digantung tak bertali

Isteri Shuk luah perasaan, tersiksa digantung tak bertali

 

Nampaknya masalah suami isteri yang menimpa pelawak terkenal, Shuk Sahar dan Sera masih tiada kesudahan. Seperti biasa, masalah mereka ini akan dapat diketahui melalui kemaskini terbaru dari isteri Shuk di Instagram Story.

Terbaru, Sera dilihat sekali lagi meluahkan perasaan sakit hati terhadap suaminya yang dikatakan menyeksa hidupnya. Ini apabila dia mendakwa Shuk sibuk bercinta sana sini tetapi tidak mahu mengaku.

Sera turut mengatakan Shuk tidak memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah mereka seperti digantung tak bertali.

Boleh sibuk bercinta sana sini.. tapi tolonglah bagi kerjasama, mudahkan urusan orang. Jangan la siksa hidup orang lain lagi sementara kamu ke sana sini dating. Bila di tanya tidak mengaku, menyiksa ba namanya. Kena gantung tanpa tali. – Luahnya.

shuk sahar

Shuk kata ada di Ipoh, Sera minta tolong orang ramai maklumkan jika nampak

Dalam pada itu, Sera turut berkongsi yang Shuk memaklumkan kepadanya kini berada di Ipoh. Disebabkan itu, Sera meminta orang ramai mengambil gambar atau video jika terlihat suaminya itu atau di mana-mana tempat lain.

Shuk dah makan benda kotor?

Apapun masalah yang menimpa, diharapkan selesaikan dengan cara baik. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dijauhkan dari benda-benda tidak baik.