Isteri terlanjur di tahun baru, beri alasan suami terlalu sibuk

Di Facebook, seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra berkongsi kisah di mana seorang suami terpaksa melafazkan taklik talak 3 kepada isteri selepas isterinya mengaku curang.
Lebih menyedihkan apabila isteri berkata sudah dua kali terlanjur dengan kekasihnya yang merupakan seorang penjawat awam sejak awal tahun 2021.
Jelas peguam itu, rentetan daripada perintah kawalan pergerakan (PKP), perbuatan si isteri mula terbongkar bermula daripada pesanan mesej sehinggalah kepada gambar dan video.
Apabila ditanya sejauh mana serius hubungan dengan lelaki berstatus bujang tersebut, isteri tenang menjawab, “Sudah dua kali terlanjur sebelum ni.
Bila ditanya sekarang nak apa, kita nak berpisah bawa hala tujuan masing-masing atau perbaiki kelemahan masing-masing, isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya berusia bawah 11 tahun.
Kenapa buat macam ni?Isteri beri alasan suami terlalu sibuk, takda masa dengar luahan dan cuba faham keadaan isteri.
Bersaksikan anak-anak, si suami melafazkan taklik talak 3 pada penghujung Disember 2021 selepas berjaya menangkap isteri keluar dengan lelaki tersebut di Port Dickson.