Isu Adib: Selepas Pas membisu, NGO Islam mahu saman kerajaan
- SEBAK saya mendengar suara ayah Allahyarham Adib yang ditemu ramah oleh TV Pertiwi sebentar tadi. Suaranya kedengaran sayu, seperti menahan tangisan dan keletihan (letih dengan karenah kerajaan).
Saya tidak tahu apa yang kerajaan fikirkan dalam kes ini dan saya pasti rakyat Malaysia secara keseluruhannya sangat terkilan.
Sudahlah tiba-tiba yang mengumumkan kes ini ditutup adalah individu yang tidak berkaitan, iaitu Menteri Perladangan seolah-olah kes ini sudah menjadi picisan.
Bagi pihak PEMBELA, kami sedang memuktamadkan langkah seterusnya bersama peguam-peguam KAMI dalam kes ini. Jika ada peluang menyaman kerajaan, pasti kita akan lakukan.
Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa. Sementara itu, ayuh kita sama-sama terus kita gerakkan lagi petisyen rakyat untuk kes ini: bit.ly/JanganKuburkanKesAdib
Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
7 Oktober 2021
#KeadilanBuatAdib