Isu arak Timah: Pemuda Pas salahkan kementerian lain, ‘back up’ menteri agama

Isu arak Timah: Pemuda Pas salahkan kementerian lain, ‘back up’ menteri agama

 

Menteri Agama dengan jelas memaklumkan bahawa ‘isu arak timah’ ini telah disampaikan pada Menteri Dalam Negeri dan Menteri KPDNHEP untuk tindakan. Kerana punca kuasa pada dua kementerian tersebut. Menteri Agama juga menegaskan sikap yang konsisten menentang arak.

Siasatan wajib dilakukan untuk memastikan siapakah dalang disebalik kerja mereka.

Yang bersalah wajib dikenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada pihak yang cuba untuk melakukan tindakan yang sama.

Bagi pihak Kerajaan Persekutuan kita tahu langkah yang bakal di ambil.

Apakah pula tindakan Kerajaan Selangor tempat beroperasi kilang arak tersebut? Parti Amanah yang mendakwa sebagai Parti Islam sewajibnya mendesak Kerajaan Selangor untuk mengenakan tindakan tegas kerana kilang ini berada di Selangor apatah lagi Pakatan Harapan yang memerintah di Selangor. Lantang Berkokok, Ekor Berciciran Najis

MOHAMED SUKRI OMAR
Timbalan Ketua Pemuda
PAS Selangor