Jadual jangkaan pembayaran BKM Fasa 2 masuk ke akaun bank anda

Jadual jangkaan pembayaran BKM Fasa 2 masuk ke akaun bank anda

Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 2 Masuk Ke Akaun Bank Masing-Masing.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada 22 Jun yang lalu, pembayaran fasa ke 2 akan disalurkan bermula 27 Jun 2022 (Isnin) hingga 5 Julai 2022 (Selasa).

Jadual Jangkaan Tarikh/Waktu Bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank

Untuk BKM Fasa 2, tarikh pembayaran adalah mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022 SECARA BERPERINGKAT masuk ke akaun bank masing-masing (bagi yang ada akaun).

Bank mana yang masuk dulu?

Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB,

Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Untuk penerima BSN jangkaan tarikh adalah pada 27 Jun (lsnin). Namunb erkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan

pengalaman BKM Fasa 1). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk pada 28 Jun 2022 (Selasa).

Berikut adalah jangkaan tarikh/waktu bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank masing-masing;

Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

  1. Pergi ke link ini untuk buat semakan:https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik “LOG MASUK BKM”
  3. Masukkan No Mykad anda. Selesai masukkan klik “Semak”
  4. Masukkan “kata laluan” anda
  5. Klik “semakan status”
  6. Keputusan BKM tertera
  7. Klik Maklumat Bayaran
  8. Maklumat Bayaran Tertera

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran Fasa 2 BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon/ pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
  • Pembayaran Fasa 2 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat penuh tentang Bantuan Keluarga Malaysia, sila rujuk laman web rasmi BKM di pautan berikut:

https://bkm.hasil.gov.my