Jangan berminda pembangkang, PAS beri amaran kepada Muhyiddin selepas anggap BN sebagai musuh

Jangan berminda pembangkang, PAS beri amaran kepada Muhyiddin selepas anggap BN sebagai musuh

PAS menyatakan rasa tidak bersetujunya dengan langkah Muhyiddin Yassin meletakkan BN sebagai musuh utama Perikatan Nasional .

AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengingatkan kepada Muhyiddin agar tidak berminda pembangkang dengan menuding jari dan lajak lidah mengisytiharkan sesama sendiri sebagai musuh.

Nasrudin berkata PAS hanya mengisytiharkan sesuatu pihak itu sebagai musuh apabila mereka dilihat ekstrem serta menentang agenda pengukuhan pemerintahan Melayu Islam ini di Malaysia.

“Bertolak dari noktah itu, katanya ,PAS mengisytiharkan musuhnya ialah PH bukan BN.

Justeru katanya, BN adalah rakan kerjasama politik bahkan rakan kompenan parti yang memerintah negara semasa.

Nasrudin yang diberi imbuhan jawatan selepas kejatuhan Pakatan Harapan menegaskan, atas sebab itulah PAS membawa agenda “perpaduan ummah” iaitu menyatukan parti Islam untuk mengukuhkan pemerintahan Melayu Islam.

Pada 24 September lalu, Muhyiddin mengisytiharkan BN sebagai musuh utama buat PN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.