Jom semak status bantuan dan kemaskini maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

Jom semak status bantuan dan kemaskini maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Terkini, laman web BKM telah mengumumkan tempoh pembukaan semula skrin kemas kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 seperti berikut:

Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Log Masuk MyBKM

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

-infomalaysiakini-